Home SemasaGlobal Tentera Rusia undur dari kawasan Kharkiv, diatur gerak ke Donetsk

Tentera Rusia undur dari kawasan Kharkiv, diatur gerak ke Donetsk

by M.Daim

MOSKOW, 11 Sept – Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mengesahkan pengunduran pasukan tentera negara kuasa besar itu dari kawasan sekitar Kharkiv.

Menurutnya, pengunduran dibuat bagi mempertingkatkan operasi Rusia di wilayah Donetsk.

“Tentera Rusia yang berada di Balakleya dan Izyum telah diaturgerak ke wilayah Donetsk bagi mencapai objektif utama operasi ketenteraan khas,

“Mereka telah diaturgerak dalam tempoh 72 jam,” kata Kremlin dalam saluran Telegram khas kementerian itu,

Kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia melalui saluran Telegram rasmi milik agensi itu. Foto: Air Times/M Daim

Sementara itu,  Kyiv melaporkan pasukan tentera Ukraine telah mara ke beberapa lokasi di sekitar Kharkiv.

Perang antara Rusia dan Ukraine yang tersebut semenjak akhir Februari lalu kini memasuki tempoh bulan ke tujuh. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!