Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Op Benteng: 3 PATI Indonesia ceroboh masuk Malaysia dicekup

Op Benteng: 3 PATI Indonesia ceroboh masuk Malaysia dicekup

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 4 Sept – Tindakan 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang bersembunyi di pinggir hutan untuk menceroboh masuk Malaysia gagal, apabila berjaya dikesan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, kesemua mereka ditahan di kawasan Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

Menurut 3 Div, tim Quick Reaction Force (QRF) telah mengesan pendaratan individu disyaki PATI yang sedang bersembunyi di pinggir hutan Jalan Teluk Ramunia.

“Tim QRF telah bertindak lalu berjaya menahan 3 orang individu warga negara Indonesia yang tidak memiliki dokumen yang sah,

“Kesemua 3 orang PATI yang ditahan terdiri daripada 2 orang lelaki dan seorang wanita warga negara Indonesia berumur di antara 22 tahun sehingga 46 tahun,

“Kesemua mereka dibawa ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang untuk disoal siasat dan proses dokumentasi serta laporan kepada pihak polis,” jelas kenyataan itu.

Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM7,716.90 melibatkan wang tunai dalam mata wang Malaysia dan Indonesia serta barangan kemas termasuk 4 buah telefon bimbit yang terdiri dari pelbagai jenama.

Pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron ATM serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply