Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut PASKAL laksana latihan menyelamat tebusan di Lumut esok

PASKAL laksana latihan menyelamat tebusan di Lumut esok

by Air Times News Network

LUMUT, 31 Ogos – Kapal Diraja (KD) PANGLIMA GARANG iaitu Pusat Latihan Pasukan Khas Laut (PASKAL) akan melaksanakan latihan praktikal menyelamat tebusan menggunakan bas di sekitar simpang tiga Lumut, pada Khamis.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan berkata, latihan ini dilaksanakan bagi Kursus Tempur Jarak Dekat PASKAL Siri PKL/26/TJD/22 pada jam 10.00 hingga 11.00 pagi.

“Justeru dimohon kepada penduduk sekitar dan orang awam supaya tidak cemas sekiranya mendengar sebarang bunyi tembakan atau letupan pada tarikh dan waktu dinyatakan,

“Orang awam juga dinasihati agar tidak mendekati kawasan latihan serta menyebarkan sebarang spekulasi kerana ia merupakan siri latihan sahaja,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply