Home Pertahanan dan Keselamatan Bom Mortar jenis Illuminating ditemui di Johor

Bom Mortar jenis Illuminating ditemui di Johor

by Air Times News Network

KEMPAS, 26 Ogos – Polis Johor telah menjalankan tindakan pemusnahan sebutir bom jenis Mortar 60mm Illuminating di Kempas, semalam.

UXO tersebut telah dijumpai di tepi sungai di Kampung Maju Jaya ketika kerja-kerja pembesaran kawasan sungai itu dilakukan oleh salah seorang pekerja di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, pihak Polis Johor menerusi hantaran di media sosialnya berkata, Unit Pemusnahan Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama UPB IPD JBU telah menjalankan tindakan pemusnahan ke atas bom lama itu.

“Pembersihan kawasan keselamatan juga turut dijalankan bagi memastikan tiada objek lain selain jumpaan berkenaan sebelum pemusnahan dibuat,

“Pemusnahan berjaya dijalankan dengan menggunakan teknik High Order melaui kaedah elektrik tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, polis Johor turut menyeru penduduk setempat yang menjumpai objek seperti bom hendaklah segera melaporkan kepada balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

“Diingatkan juga supaya jangan diusik , dialih atau digerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply