Home Pertahanan dan Keselamatan 9 Bgd laksana Program Jiwa Murni, erat hubungan penduduk setempat

9 Bgd laksana Program Jiwa Murni, erat hubungan penduduk setempat

by Air Times News Network

SARAWAK, 16 Ogos – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) telah melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) di Kampung Long Unai, pada 13 Ogos lalu.

Menurut Makas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd), program ini melibatkan 35 anggota, 150 orang penduduk kampung serta kehadiran ini telah disambut baik dan menzahirkan kesyukuran kepada TDM kerana memberi pelbagai perkhidmatan kepada penduduk setempat.

“Terdapat 3 aktiviti telah berlangsung sepanjang jiwa murni dilaksanakan iaitu Program Motivasi Pendidikan, Program Kebajikan (ATM dan Rakyat) serta Program Kerohanian serta Kesedaran,

“Aktiviti dimulakan dengan sembahyang keagamaan perdana, minum pagi bersama Panglima 9 Bgd bersama penduduk Kg Long Unai serta diteruskan dengan pemeriksaan kesihatan, penyampaian alat tulis pada kanak-kanak dan promosi pengambilan askar wataniah,” jelas 9 Bgd.

Tambah 9 Bdg, PJM ini bertujuam bagi membentuk jalinan kerjasama antara TDM bersama penduduk setempat.

“Ianya juga memberi peluang kepada warga TDM untuk memberi sumbangan khidmat masyarakat serta kesedaran sivik di dalam jati diri warga ATM dan penduduk setempat,

“PJM kali ini turut menjaga hubungan antara ATM bersama masyarakat di mana ia seiring dengan Perintah Ulung Panglima Tentera Darat (PTD) ke-28 iaitu Tonggak Kelima yang mana ditekankan berkaitan Peningkatan Hubungan TD dengan awam, pasukan yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan,” ujarnya. -airtimes.my

Terdapat 3 aktiviti telah berlangsung sepanjang jiwa murni dilaksanakan iaitu Program Motivasi Pendidikan, Program Kebajikan (ATM dan Rakyat) serta Program Kerohanian serta Kesedaran

Related Articles

Leave a Reply