Home Pertahanan dan Keselamatan Seorang perempuan, 5 lelaki diberkas terlibat penipuan dalam talian

Seorang perempuan, 5 lelaki diberkas terlibat penipuan dalam talian

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Seramai 5 lelaki dan seorang wanita warga tempatan diberkas kerana terlibat dalam kegiatan penipuan dalam talian menerusi serbuan di sebuah premis di Jalan Ceylon pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Polis Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur antara 19 hingga 26 tahun.

“Kesemua yang ditahan dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan tawaran kerja dalam talian dan premis ini telah dijadikan tempat pengoperasian calling centre (pusat panggilan),

“Turut dirampas 29 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 5 unit komputer pelbagai jenama, 5 unit CPU, 5 unit papan kekunci, 5 unit tetikus dan 1 unit komputer riba,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Noor Dellhan berkata, sindiket tersebut telah mula aktif menjalankan aktiviti terbabit sejak sebulan yang lalu.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, kesemua suspek telah direman selama 3 hari bermula 10 hingga 12 Ogos 2022 ini bagi siasatan lanjut.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa ke atas jenayah ini,

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply