Home Semasa Protes Mana Kapal LCS tuntut Menteri Pertahanan letak jawatan

Protes Mana Kapal LCS tuntut Menteri Pertahanan letak jawatan

by M.Daim

KUALA LAMPUR, 11 Ogos – Satu protes berhubung skandal perolehan Kapal Tempur Pesisir (Littoral Combat Ship, LCS) diadakan di Sogo pada Ahad ini.

Jawatankuasa Protes Mana Kapal LCS? dalam satu kenyataan berkata, himpunan ini diadakan berikutan pendedahan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini memberi gambaran satu situasi genting yang berlaku dalam negara Malaysia.

“Skandal yang melibatkan lebih RM6.083bilion ini melibatkan wang rakyat yang sangat besar. Sehingga hari ini, tidak ada satu pun kapal yang kononnya di dalam proses pembinaan itu diterima,

“Perkara ini telah membangkitkan keresahan dalam isu keselamatan negara dan berpotensi berulang menjadi satu lagi skandal seperti 1MDB,” kata pihak jawatankuasa dalam satu kenyataan.

Tambahnya, tiada tindakan serius diambil oleh kerajaan walaupun mereka perlu bertanggungjawab dalam isu ini.

“Malangnya, tiada tindakan serius yang diambil melainkan alasan dan jawapan-jawapan tidak rasmi di media sosial yang tidak munasabah dari pemimpin parti kerajaan,” katanya.

‘Tubuh RCI’

Jelas pihak Jawatankuasa Protes Mana Kapal LCS, himpunan ini membawa 3 tuntutan iaitu desakan untuk Kerajaan Malaysia untuk ambil tindakan dan tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

“RM6.083 bilion telah dibelanjakan untuk satu skandal yang sepatutnya digunakan untuk keselamatan negara,

“Malangnya, sehingga hari ini kerajaan masih tidak lagi dibekalkan dengan janji 6 buah kapal LCS,

“Maka, siasat di mana kapal LCS negara,” katanya.

‘Hishammuddin perlu letak jawatan’

Selain itu, protes ini juga menuntut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk meletak jawatan dan mengambil tanggungjawab penuh dalam isu ini.

“Tindakan Hishammuddin yang culas dalam tugasnya sebagai Menteri Pertahanan dulu dan kini telah meningkatkan lagi risiko keselamatan negara yang terdedah dengan ancaman musuh,

“Beliau juga gagal menjadi seorang menteri yang telu dalam skandal ini dan setiap persoalan yang dikemukakan oleh rakyat tidak dijawab dengan jujur,

“Hishammuddin tidak menawarkan akauntabiliti kepada skandal LCS ini dan beliau harus meletak jawatan,” jelas kenyataan itu.

3 tuntutan utama dikemukan oleh Protes Mana Kapal LCS? yang akan diadakan pada Ahad ini.

‘Jawab surat Panglima Tentera Laut’

Pihak  sekretariat protes turut menegaskan kegagalan pihak berwajib dalam menjawab surat Panglima Tentera Laut seperti yang didedahkan dalam laporan PAC baru-baru ini menunjukkan sikap kerajaan yang tidak serius.

Menurutnya, satu daripada 10 surat teguran yang disuarakan oleh Panglima Tentera Laut telah diabaikan.

“Malangnya, surat-surat teguran, surat tidak puas hati dan surat memaklumkan pendirian TLDM telah diabaikan,

“Ini termasuklah surat kepada Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Setiausaha Negara dan Perdana Menteri,

“Jika surat dari Panglima Tentera Laut dibakulsampahkan oleh Kerajaa Malaysia, maka ianya satu gambaran bahawa kerajaan tidak mementingkan suara mereka yang mempertahankan keselamatan serta kedaulatan negara,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihak sekretariat turut menyeru semua pemimpin parti politi, badan bukan kerajaa dan wakil masyarakat untuk menyertai protes ini.

“Kehadiran anda bukan sahaja mencerminkan solidariti untuk rakyat tetapi mengambarkan budaya politik baharu yang mengangkat ketelusan serta integriti pentadbiran,

“Kami percaya bahawa ini satu-satunya jalanyang boleh diambil oleh rakyat. Rakyat berhak mendapatkan ketelusan dan akauntabiliti dari kerajaan,

“Ini bagi memastikan tidak ada lagi wang rakyat disamun dan tidak ada lagi pihak menjual keselamatan negara demi ketamakan terhadap wang ringgit,” tegas kenyataan rasmi Jawatankuasa Protes Mana Kapal LCS. – airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply