Home Semasa Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar Sultanah Kelantan

Che Puan Nur Diana Petra Abdullah diisytihar Sultanah Kelantan

by Air Times News Network

KOTA BHARU, 2 Ogos – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan berkuatkuasa hari ini.

Pengisytiharan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.

Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad dalam satu kenyataan berkata, pengisytiharan mengenai perkara itu dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar.

“Pengisytiharan itu dibuat mengikut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua),

“Pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan ini turut dinamakan di dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Her Highness Sultanah of Kelantan’ dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan sebagai ‘Her Highness Che Puan Mahkota of Kelantan,” katanya.

Baginda turut mengampuni perkenan untuk mengurniakan pangkat kemulian Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan kepada Yang Berbahagia Che Puan Sofie Lousie Johansson Petra iaitu isteri Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan.

Sehubungan itu, Che Puan Sofie Lousie akan menggunakan gelaran Che Puan Mahkota Kelantan.

“Semua kurnian pangkat kemulian ini adalah berkuatkuasa pada hari ini iaitu 4 Muharram 1444 Hijrah bersamaan dengan 2 Ogos 2022,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply