Home Semasa Anwar ulangi janji berbau hancing – Najib

Anwar ulangi janji berbau hancing – Najib

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Jul –“Saya ulangi. Lagi janji populis berbau hancing dikitar semula,” tegas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengecam kenyataan Presiden Parti Keadailan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ucapannya pada Kongres Nasional ke-16 PKR, semalam.

Beliau menerusi hantaran di media sosial rasminya menyindir janji populis Anwar dan mengejek rancangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dikatakan berhasrat menghantarnya ke penjara.

Semalam, Anwar dalam ucapan telah mengulangi janji lepasnya untuk menurunkan harga petrol pada keesokan harinya jika dia berjaya menjadi Perdana Menteri.

Presiden PKR itu berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak dapat memenuhi janjinya, kerana beliau bukan Perdana Menteri.

Najib menegaskan, kenyataan itu hanyalah ulangan ‘janji populis berbau hancing’ yang dikitar semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Harga petrol kami sudah antara 10 paling murah dalam dunia,

“Bila dia menang, mungkin petrol kita lagi murah banding Venezuela kot,” kata Najib.

Venezuela merupakan sebuah negara yang mempunyai harga petrol termurah di dunia. Bukan sahaja termurah, malah jauh lebih murah dari Iran iaitu negara ke 2 yang meletakkan harga petrol paling murah dalam senarai tersebut.

Sementara itu, Rafizi dalam ucapanya semalam turut menyeru Ahli PKR membuat laporan polis terhadapnya berhubung dakwaan ‘meracun’ rakyat dengan mempermainkan isu perkauman.

Sehubungan itu, Najib membantah perkara ini dan menyifatkan tindakan Rafizi adalah satu langkah yang lemah serta kebudak-budakan.

“Setelah 4 bulan berkali-kali gagal untuk sangkal saya, hari ini dia arahkan semua ahli PKR pulak supaya bekap (back up) dia untuk sangkal saya,

“Sendiri gagal, satu parti diarahkan back up dia untuk lawan saya seorang. Macam budak kalah main guli, dia ajak member bekap pula,” sindirnya.

Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan, hantarannya di media sosial bukanlah pembohongan tetapi ia berdasarkan fakta.

“Menipu dalam media sosial bukanlah jenayah selagi ianya tak hasut rakyat untuk ajak turun ke jalan raya,

“Jika menipu merupakan kesalahan jenayah, dah sepuluh tahun Rafizi melingkup kat dalam dah. Siapa tak tahu dia Raja formula songsang? -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply