Home SemasaGlobal Tentera Udara Diraja Thailand lengkapkan perolehan 6 helikopter H135 baharu

Tentera Udara Diraja Thailand lengkapkan perolehan 6 helikopter H135 baharu

by M.Daim

BANGKOK,7 Jul – Tentera Udara Diraja Thailand (Royal Thai Air Force, RTAF) telah menerima helikopter Airbus H135 yang baharu.

Menurut Airbus Helicopters dalam satu kenyataan, satu majlis penyerahan kumpulan kedua pesawat telah dilaksanakan di Pangkalan Wing 2 RTAF di Lopburi, Thailand.

“Penghantaran kumpulan kedua pesawat telah melengkapkan perolehan 6 buah helikopter H135 oleh RTAF,” katanya.

Jelas Airbus Helicopters, RTAF telah memilih untuk membeli 6 buah helikopter latihan dari syarikat itu pada Februari 2020. Perolehan tersebut merupakan usaha RTAF untuk menambahbaik program latihan juruterbang helikopter angkatan itu untuk mengendalikan H225M.

Menurut Airbus, H135 yang dibekalkan kepada RTAF dilengkapi dengan 2 buah kamera di luar pesawat bagi memberi gambaran jelas kawasan sekeliling kepada juruterbang.

“Ia turut dilengkapi dengan sistem taktikal dans peta Euronav7 bagi mempertingkatkan tahap kesedaran juruterbang terhadap keadaan sekeliling,

“Helikopter ini juga mempunyai sistem paparan berkeupayaan. Ia juga fleksibel dan mampu memenuhi misi yang diperlukan oleh RTAF,” kata Airbus.

RTAF kali pertama menerima 3 buah H135 pada tahun lalu.

Dengan lengkapnya perolehan helikopter ini, ia sekaligus menjadikan RTAF sebagai negara pertama di rantau ASEAN untuk mengoperasikan H135 bagi tujuan latihan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply