MANILA, 7 Jul –Lockheed Martin F-16 dan Saab JAS-39 Gripen merupakan calon akhir program perolehan jet pejuang pelbagai peranan untuk Tentera Udara Filipina (PAF).
“F-16V Block 50/52 dan JAS-39 Gripen C/D+ merupakan calon yang disenarai pendek dalam program MRF,
“Program perolehan ini telah diluluskan tetapi kerajaan masih belum menyediakan dana untuk meneruskan MRF,” kata jurucakap PAF, Kolonel Maynard Mariano yang dipetik oleh agensi PNA.
Program MRF sebelum ini telah diluluskan oleh bekas Presiden Filipina, Rodrigo R. Duterte.
Kerajaan dan barisan kabinet baharu yang dipimpin oleh Ferdinand Marcos Jr dijangka akan meneruskan perolehan ini.
Program MRF merupakan salah satu komponen pelan modenisasi Angkatan Tentera Filipina yang dilaksanakan untuk tahun 2018 hingga 2022.
Dibawah program ini, Filipina menggariskan untuk memperolehi sekurang-kurangnya 12 buah jet pejuang generasi ke-4 dan ke atas bagi mempertahankan perairan serta ruang udara negara kepulauan itu.
Kontrak perolehan 12 buah jet pejuang baharu Filipina dijangka akan dimeterai pada tahun ini.– airtimes.my