Home Pertahanan dan Keselamatan JHEV ATM serah kerusi roda, katil hospital kepada veteran tentera

JHEV ATM serah kerusi roda, katil hospital kepada veteran tentera

by Nurulhuda

KELANTAN, 4 Jul – Waris 3 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima bantuan peralatan kerusi roda dan katil hospital daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) pada Sabtu lalu.

JHEV ATM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, JHEV Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu telah menyerahkan peralatan serta sumbangan tersebut melalui Program Cakna Veteran ATM.

Jelasnya, program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

“Sumbangan telah diserahkan kepada anak Norarizan Dahalan yang mengidap penyakit Cerebral Palsy sejak lahir di rumah Pt 9541 Taman Lubok Angur, Chawas, Tanah Merah,

“Turut hadir, Pengawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS) mewakili Panglima 8 Briged, Leftenan Kolonel Mohamad Asrul Mohamad Sadali,” jelas hantaran itu.

Sementara itu, wakil Persatuan PVATM Cawangan Ketereh turut melaksanakan penyerahan bantuan peralatan pesakit di sekitar kawasan Kok Lanas dan Kubang Kerian pada Khamis lalu.

“Isteri veteran tentera, Yaacob Mamat menghidap penyakit saraf. Beliau menerima Bantuan Peralatan Pesakit sebuah kerusi roda dan penyerahan sumbangan bantuan keperluan kepada anaknya kerana isteri beliau sedang menjalani rawatan di hospital HUSM Kubang Kerian,

“Selain itu, sumbangan turut diserahkan kepada isteri Mat Yussof Mamat yang mengidap penyakit stoke dan kini terlantar di rumahnya. Beliau menerima sebuah katil hospital dan kerusi roda,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply