Home Pertahanan dan Keselamatan ATM, MINDEF perkukuh pertahanan siber

ATM, MINDEF perkukuh pertahanan siber

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Jul – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerusi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) telah melaksanakan Eksesais Siber, CYDEX Siri 2/22 yang telah dilaksanakan selama 10 hari mulai 22 Jun hingga semalam.

Markas ATM menerusi media sosialnya berkata, eksesais CYDEX ini diadakan buat kali kedua yang berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) yang memfokuskan strategi membuat keputusan di peringkat operasi atau taktikal.

“Eksesais ini juga bagi menguji tindak balas dan menilai tahap kesiagaan Pusat Operasi Pertahanan Siber atau perkhidmatan dalam ATM dan MINDEF terhadap ancaman serangan siber,

“BSPP terus memperkasakan pertahanan bagi menghadapi serangan siber,” katanya.

Selain itu, eksesais yang bertemakan “Leveraging Threat Intelligence in Cyber Security”  ini turut disertai oleh peserta dari Bahagian Siber Dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP), Markas Angkatan Bersama (MK AB), Markas Tentera Darat – PUSTEKMA, Markas Tentera Laut – KPSI, Markas Tentera Udara – KOMLEK dan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM).

Majlis penutup eksesais ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Dalam ucapannya, beliau mahu semua peserta eksesais ini dapat meningkatkan pemahaman dan kemahiran teknikal berkaitan operasi pertahanan siber ATM dan MINDEF. – airitmes.my

Related Articles

Leave a Reply