Home Pertahanan dan Keselamatan Presiden parti politik Sabah dalang sindiket kad istimewa individu tiada taraf warganegara

Presiden parti politik Sabah dalang sindiket kad istimewa individu tiada taraf warganegara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hari ini mendedahkan seorang presiden parti politik di Sabah terlibat dalam sindiket kad istimewa individu tiada taraf warganegara.

Dalam sidang media yang diadakan di Bukit Aman pada hari ini, Hamzah mengesahkan Presiden Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Mohd Arshad Abdul Mualap telah ditahan bersama seorang lagi lelaki kerana terlibat dalam sindiket itu.

“Dia (Mohd Arshad) merupakan Presiden kepada parti yang telah ditubuhkan pada tahun 2017,

“Arshad telah menggunakan parti untuk mendapatkan kepentingan diri beliau sendiri dengan melakukan perkara-perkara tidak diingini,” katanya.

Menurut Hamzah, Arshad telah ditahan di sebuah rumah di Subang Jaya pada 22 Jun lalu. Dia ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

“Kedua-dua telah dibawa ke mahkamah pada pagi tadi,” jelas Menteri Dalam Negeri.

Tambahnya, sindiket ini telah mengeluarkan kad khas yang kononnya boleh mendapatkan segala kemudahan dan sah digunakan dalam Malaysia.

“Sindiket turut menyatakan bahawa sesiapa yang memegang kad ini boleh diberikan Kad Pengenalan warganegara (MyKad),” jelas Hamzah. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply