Home Semasa JIM buru 2 lelaki tempatan, seorang warga Bangladesh bagi bantu siasatan

JIM buru 2 lelaki tempatan, seorang warga Bangladesh bagi bantu siasatan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberikan maklumat mengenai 3 individu bagi tujuan perbicaraan kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)

JIM berkata, individu dikehendaki terdiri daripada 2 lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara Bangladesh.

“Individu warga tempatan iaitu Mohamed Shaffian Mustapha Kamal, 56 dan Muhammad Abu Hurairah Mohamed Shaffian, 31 yang beralamat di No 62 Felda Jengka 6, 26410 Bandar Pusat Jengka, Pahang,

“Manakala individu warga Bangladesh iaitu Md Hasmot Ali, 51, beralamat di No 65A Jalan Diplomatik Precint 15, 62050 Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JIM menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Kanan (TPPK), Muhammad Faizal Ahmad, Bahagian Operasi, Sisatan dan Pendakwaan, Ibu pejabat JIM Putrajaya di talian 03-88801338/1330 pada waktu pejabat dan bilik gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply