Home Pertahanan dan Keselamatan Polis tahan 2 lelaki warga tempatan cuba sogok RM25 ribu

Polis tahan 2 lelaki warga tempatan cuba sogok RM25 ribu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Cubaan 2 lelaki warga tempatan memberi sogokan sebanyak RM25,000 kepada pegawai kanan polis bagi melepaskan diri tidak membuahkan hasil apabila ditahan dalam Operasi Kontraban di sebuah premis di Kepong, pada Rabu.

Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Polis, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kedua-dua supek yang ditahan itu berumur 40 dan 46 tahun.

Tambahnya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menahan 2 lagi suspek yang merupakan warga tempatan serta Sri Lanka berumur 26 dan 30 tahun dalam operasi yang sama.

“Sebanyak 34,536 tin minuman keras jenis beer, 889 botol liquor, 2 buah kenderaan pacuan 4×4 dan wang tunai berjumlah RM42,157.50 telah dirampas,

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM1,228,391,97,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, salah seorang daripada 4 suspek yang ditahan pernah ditangkap di lokasi dan kesalahan yang sama pada 16 Mac yang lalu.

“Kesemua suspek direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply