Home Semasa Polis buru 20 lelaki merusuh, rosakkan kereta di Sri Petaling

Polis buru 20 lelaki merusuh, rosakkan kereta di Sri Petaling

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pihak polis kini sedang mengesan 20 individu yang disyaki terlibat dalam kes khianat sehingga pecah termin kereta di Jalan Radin Bagus Sri Petaling Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, seorang lelaki yang juga pengadu bersama rakannya sedang makan di sebuah gerai sebelum mendapati 2 kumpulan lelaki sedang merusuh.

“Kesemua suspek itu telah bergaduh di antara satu sama lain dengan menggunakan senjata besi dan botol arak,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, pengadu mendapati suspek tersebut telah merosakkan beberapa buah kereta termasuk keretanya yang diparkir di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kereta pengadu mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan,” jelasnya.

Amihizam menjelaskan, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi talian hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan,”tambahnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply