Home Pertahanan dan Keselamatan Tular video feri terbakar, APMM sahkan kejadian tahun 2019

Tular video feri terbakar, APMM sahkan kejadian tahun 2019

by Nurulhuda

LANGKAWI, 16 Jun – Video feri terbakar di perairan Langkawi seperti ditularkan di media sosial semalam adalah video lama insiden yang berlaku pada tahun 2019.

Pengarah APMM Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, video berdurasi 22 saat yang dimuat naik di satu laman Facebook adalah kejadian sekitar tahun 2019 dan syarikat pengendali perkhidmatan feri tersebut juga tidak lagi beroperasi.

Menurutnya, video tersebut dipercayai sengaja ditularkan semula di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan kesan daripada tindakannya itu terhadap masyarakat terutamanya pemain industri pelancongan di Langkawi.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan gambar dan video lama bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat,

“Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis di talian 04-9662750 atau di talian kecemasan MERS 999,” jelasnya dalam kenyataan malam tadi.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!