Home SemasaGlobal Perang Ukraine berlaku akibat kegagalan cegah rintang dan diplomasi – IISS

Perang Ukraine berlaku akibat kegagalan cegah rintang dan diplomasi – IISS

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Konflik yang berlaku di Ukraine merupakan hasil kegagalan dalam aspek cegah rintang dan diplomasi.

International Institute For Strategic Studies (IISS) dalam laporan Penilaian Keselamatan Serantau Asia Pasifik 2022 (Asia-Pacific Regional Security Assessment 2022) berkata, situasi ini perlu diambil pengajaran oleh mana-mana negara di rantau Asia Pasifik.

“Situasi yang berlaku di Ukraine menunjukkan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh negara-negara di rantau Asia Pasifik untuk memastikan keselamatan dan keamanan serantau,

“Ancaman keselamatan di rantau ini adalah besar dan sebarang kesilapan akan menjurus ke arah peperangan,” kata editor Asia-Pacific Regional Security Assessment 2022, Dr Tim Huxley dan Dr Lynn Kuok.

Jelasnya, perang di rantau Asia Pasifik akan memberikan kesan dan implikasi besar sekiranya ia berlaku. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply