Home SemasaGlobal Israel sasar jalin hubungan diplomatik dengan Arab Saudi, Indonesia

Israel sasar jalin hubungan diplomatik dengan Arab Saudi, Indonesia

by M.Daim

TEL AVIV, 16 Jun – Menteri Luar Israel, Yair Lapid mengesahkan pihaknya sedang berhubung dengan rakan sejawatan dari 3 buah negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Beliau tidak menyatakan nama negara yang dimaksudkan.

Menurut laporan Anadolu Agency, Lapid menyatakan Indonesia dan Arab Saudi merupakan antara negara-negara yang tersenarai dalam sasaran Israel untuk mengadakan hubungan diplomatik.

“Lapid turut menyatakan Israel akan terus cuba mengadakan hubungan diplomatik di kalangan Arab,” kata laporan itu.

Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Sudan dan Maghribi merupakan antara negara yang mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel melalui aturan antarabangsa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply