Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis Marin usir jongkong Indonesia ceroboh perairan Sabah – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir jongkong Indonesia ceroboh perairan Sabah

Polis Marin usir jongkong Indonesia ceroboh perairan Sabah

by Nurulhuda

TAWAU, 7 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau telah menahan dan memeriksa sebuah jongkong warga Indonesia di Kawasan Laut Burst Point, Pulau Sebatik, pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya telah berjaya menahan dan periksa sebuah bot jenis jongkong dijuragani seorang lelaki bukan warganegara berumur 40 tahun.

Turut berada dalam bot terbabit 4 anak perahu yang terdiri daripada 2 lelaki dan 2 wanita berumur antara 20 tahun hingga 31 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati, juragan dan kesemua anak perahu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan telah memasuki perairan malaysia,

“Juragan jongkong dan kesemua anak perahu telah diberi penerangan berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepertimana yang ditetapkan dalam Perintah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998,

“Jongkong tersebut telah diiring keluar dari perairan negara dan Juragan diarahkan serta diberi amaran supaya tidak kembali semula ke perairan negara,” jelasnya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam masa yang sama, beliau turut menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat dalam mengekang jenayah terutamanya jenayah rentas sempadan.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?