Home Semasa Polis tahan lelaki pukul warga emas di Padang Jawa

Polis tahan lelaki pukul warga emas di Padang Jawa

by Nurulhuda

SHAH ALAM, 23 Mei – Seorang penunggang motosikal ditahan selepas dipercayai memukul lelaki warga emas, berhampiran jejantas di Padang Jawa, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira am 12 tengah hari tadi dan tular di media sosial.

Mohd Iqbal menjelaskan, mangsa iaitu pesara swasta berusia 61 telah membuat laporan mengenai kejadian itu pada jam 2 petang.

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa memandu bersama isteri serta cucu untuk ke Putrajaya dan semasa sedang membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang menaiki motosikal berada di sebelah kiri kereta mangsa menjerit dan memarahi mangsa,

“Mangsa berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran. Selepas keluar dari kereta, suspek berusia 23 tahun terus menendang mangsa di dada kiri,

“Suspek didakwa duduk diatas mangsa dan menumbuk muka serta kepala bertubi-tubi sehingga menyebabkan mangsa mengalami bengkak bawah mata, kepala serta sakit bahagian rusuk,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan dan permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan esok.

Katanya, individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada di talian 018-9124770.

Semalam, tular sebuah rakaman 21 saat memaparkan seorang lelaki yang memakai topi keledar memukul seorang lelaki warga emas sehingga terduduk di tengah jalan.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply