Home Pertahanan dan Keselamatan Kanak-kanak perempuan antara 8 PATI Indonesia ditahan ceroboh masuk perairan Tawau

Kanak-kanak perempuan antara 8 PATI Indonesia ditahan ceroboh masuk perairan Tawau

by Nurulhuda

TAWAU, 16 Mei – Seramai 8 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang cuba menyusup masuk ke negara ini melalui perairan Tawau berjaya ditahan oleh Pasukan Quick Reaction Force (QRF) di bawah pemerintahan Komander Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), semalam.

Markas ATB 2 berkata, kesemua PATI itu ditahan selepas anggota QRF menegsan sebuah bot laju dalam keadaan mencurigakan dan bertindak menurunkan PATI di Kampung Kampung Titingan pada jam 4.15 petang.

Menurutnya, sebuah kenderaan jenis teksi juga dipercayai turut terlibat dalam kegiatan pencerobohan PATI tersebut, apabila kelihatan membawa kesemua PATI keluar dari kawasan pendaratan.

“Tim QRF telah bertindak menahan kesemua individu tersebut bagi melaksanakan pemeriksaan awal dokumen,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI memiliki dokumen pengenalan diri warganegara Indonesia iaitu passport dan permit kerja yang sah tetapi tiada cop pengesahan kebenaran untuk masuk ke negeri Sabah serta cuba memasuki Malaysia secara haram melalui perairan Tawau,

“Mereka terdiri daripada 6 lelaki dan wanita berusia antara 22 hingga 40 tahun serta seorang bayi perempuan berusia 2 tahun,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menjelaskan, kesemua PATI memaklumkan bahawa mereka berasal dari Pulau Sebatik dan masuk ke Sabah bertujuan kembali ke tempat kerja setelah bercuti melawat keluarga di Indonesia.

“Kesemua PATI telah diserahkan kepada IPD Tawau untuk siasatan lanjut,

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan, pihaknya akan sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan dan keupayaan operasi dalam mengesan sebarang pencerobohan di perairan negara secara berterusan serta tidak sesekali berkompromi terhadap jenayah rentas sempadan demi kedaulatan negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply