Home Pertahanan dan Keselamatan Wira, wirawati pertiwi kemegahan ATM – Hishammuddin

Wira, wirawati pertiwi kemegahan ATM – Hishammuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Sukan SEA Hanoi 2021 edisi ke-31 yang bermula secara rasminya pada Khamis lalu, bukan sahaja menjadi pentas utama kepada kontijen negara memburu kejayaan tetapi sekaligus membuktikan atlet sukan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga mampu bersaing di pentas sukan asia itu.

Markas ATM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seramai 31 orang atlet serta jurulatih dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM telah terlibat dalam Sukan SEA Vietnam pada kali ini.

Kesemua mereka telah bertolak ke Hanoi semalam bagi membawa cabaran negara mempertaruhkan 10 acara sukan yang berlangsung dari 12 hingga 23 Mei depan.

“LK 1 PAP Jackie Wong Cheer dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah merangkul Pingat Emas dalam acara Baling Tukul Besi (Lelaki),

“Lans Koperal Iskandar Alwi dari Tentera Darat Malaysia (TDM) pula telah merangkul Pingat Gangsa bagi acara Lompat Bergalah (Lelaki),

Lans Koperal Iskandar Alwi dari Tentera Darat Malaysia (TDM) telah merangkul Pingat Gangsa bagi acara Lompat Bergalah (Lelaki) di Sukan SEA Hanoi 2021 edisi ke-31,

“Sementara itu, Koperal Udara Zainal Arif Zainal Ariffin dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memenangi Pingat Gangsa bagi acara Bina Badan 80 Kg (Lelaki) di Sukan SEA ke-31 di Vietnam,

“Panglima Angkatan Tentera dan seluruh warga ATM mengucapkan setinggi tahniah atas kejayaan ini,” jelas hantaran itu.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien dalam hantaran di media sosialnya semalam, turut menitipkan doa dan kata semangat kepada atlet ATM yang bertanding di Vietnam.

Koperal Udara Zainal Arif Zainal Ariffin dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memenangi Pingat Gangsa bagi acara Bina Badan 80 Kg (Lelaki) di Sukan SEA ke-31 di Vietnam.

“Kebanggaan negara. Kemegahan Angkatan Tentera Malaysia,

“Saya secara peribadi mengucapkan selamat berjuang dan semoga berjaya kepada 31 orang atlet serta jurulatih daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM yang akan berjuang demi Jalur Gemilang dalam 10 acara sukan di #SeaGames2021,

“Emas, Perak, Gangsa atau apa jua keputusan nanti, anda tetap wira dan wirawati pertiwi yang layak dihargai. All the best semua!,” ujar Hishammuddin. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply