Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM laksana program jiwa murni, bersih rumah anak-anak yatim

TLDM laksana program jiwa murni, bersih rumah anak-anak yatim

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan menyalurkan khidmat bakti kepada masyarakat setempat yang memerlukan dalam Program Jiwa Murni (PJM) yang diadakan di Rumah Penyayang Darul Ilmi, Gombak dan Rumah Kasih Harmoni, Keramat hari ini.

TLDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, seramai 65 anggota daripada Markas Tentera Laut (MTL) telah mengambil peluang berbakti kepada masyarakat dengan merealisasikan program tersebut.

“Kesemua anggota yang terlibat telah menyumbang tenaga dengan melaksanakan kerja-kerja mengecat, senggaraan dan kebersihan bagi kedua-dua rumah berkenaan yang didiami oleh anak-anak asnaf serta juga anak-anak yatim,

“Kedua-dua rumah anak asnaf dan anak yatim tersebut dipilih dengan mengambil kira keadaan rumah yang amat memerlukan bantuan khususnya dari segi tenaga kerja untuk pelaksanaan pembaikan rumah, mengecat dan juga kebersihan sekitar kawasan kediaman tersebut,” jelas hantaran itu.

Menurut hantaran itu, program yang diadakan hari ini adalah anjuran KD SRI GOMBAK dan telah disertai oleh warga TLDM daripada 5 bahagian di MTL. Ia juga merupakan salah satu program kemasyarakatan sempena sambutan Hari TLDM ke-88.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply