Home Pertahanan dan Keselamatan Kantoi sorok 32 PATI Indonesia dalam lori

Kantoi sorok 32 PATI Indonesia dalam lori

by Nurulhuda

KLANG, 12 Mei – Cubaan seorang lelaki membawa 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dengan menggunakan lori terbongkar, apabila ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Kapar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, penahanan itu dibuat oleh anggota yang sedang melaksanakan rondaan cegah jenayah dan mengesan sebuah lori jenis Isuzu yang ditutup dengan kain kanvas dibelakangnya pada jam 6 pagi.

“Pemeriksaan ke atas muatan yang dibawa oleh lori tersebut, mendapati seramai 19 lelaki dan 13 wanita berusia 20 hingga 60 tahun,

“Kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk masuk ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kesemua migran itu telah masuk ke negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan dengan menggunakan bot pancung.

Beliau berkata, kesemua migran tersebut ditahan mengikut Seksyen 6(1c) Akta Imigresen 1959/63.

“Manakala pemandu lori, seorang lelaki India yang berusia 30-an itu pula ditahan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM ) 2007,” jelasnya.

Dalam kenyataan yang sama, Vijaya Rao menyeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan aktiviti penyeludupan migran segera menghiburkan pihak polis untuk tindakan lanjut. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!