Home Pertahanan dan Keselamatan PGA tahan 35 PATI Myanmar ceroboh masuk Malaysia

PGA tahan 35 PATI Myanmar ceroboh masuk Malaysia

by Air Times News Network

BUKIT KAYU HITAM, 12 Mei – Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Hulu, Perak berjaya menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar cuba menyeludup masuk ke negara melalui jalan yang tidak diwartakan di sempadan Malaysia-Thailand.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, pihaknya bersama Skuadron Perisai 1, Kulim telah merekodkan 2 kes tangkapan PATI yang memasuki Malaysia pada 5 dan 11 Mei 2020.

“Pada 5 Mei, pasukannya telah menahan 18 PATI terdiri daripada 15 lelaki dan 3 perempuan, manakala pada 11 Mei pula seramai 14 lelaki dan 3 perempuan berusia antara 15 hingga 36 tahun warga Myanmar ditahan,

“Kedua-dua kes tersebut telah dibuat tangkapan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, semalam.

Katanya, kesemua tangkapan telah dibuat ujian saringan COVID-19 dan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply