Home Semasa KKM aktifkan ciri baharu kesan penyakit berjangkit dalam MySejahtera

KKM aktifkan ciri baharu kesan penyakit berjangkit dalam MySejahtera

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengaktifkan ciri terbaru pengesanan penyakit berjangkit (Infectious Disease Tracker) dalam aplikasi MySejahtera.

KKM dalam hantaran di media sosialnya berkata, aplikasi MySejahtera akan mengesan kes penyakit berjangkit di kawasan sekitar seperti COVID-19; anjing gila (Rabies); demam campak (Measles); denggi serta kaki, tangan dan mulut (HFMD).

“Ciri ini boleh membantu orang awam untuk menjalankan aktiviti harian dan merancang perjalanan harian secara lebih berhati-hati selepas mengenal pasti kawasan berisiko dalam radius berbeza mengikut penyakit,

“Semoga masyarakat dapat menggunakan aplikasi ini dengan sebaiknya supaya kes penyakit berjangkit di Malaysia dapat ditangani dengan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, dalam satu perkongsian di laman sosial MySejahtera memaklumkan agar orang ramai mengemaskini aplikasi tersebut.

“Sila kemas kini MySejahtera anda kepada versi terbaru (1.1.9) dengan segera untuk menggunakan ciri terbaru di aplikasi ini,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply