Home Pertahanan dan Keselamatan Bot nelayan tempatan gaji warga Indonesia ditahan

Bot nelayan tempatan gaji warga Indonesia ditahan

by Air Times News Network

BINTULU, 5 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 2.5 batu nautika Tanjung Kidurong, semalam.

Pengarah APMM Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, pasukannya telah membuat penggeledahan dan mendapati 3 kru termasuk tekong tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Bot tersebut juga gagal mengemukakan permit kebenaran bekerja,

“Hasil pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang muatan pada vesel dan dipercayai bot tersebut baru keluar ke laut bagi melakukan aktiviti menangkap ikan,” katanya menerusi hantaran di media sosial APMM hari ini.

Tambah Mohd Khairul, kesemua kru termasuk tekong yang ditahan berusia dalam lingkungan 23 hingga 47 tahun merupakan warga Indonesia.

“Bot diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon APMM Bintulu untuk siasatan lanjut,

“Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply