SHAMA, 5 Mei – Kerjasama diplomatik pertahanan antara Malaysia dan Lubnan terus diperkukuhkan bagi mengawal keselamatan dan kestabilan negara tersebut.
Kerjasama ini dieratkan lagi dengan kunjungan hormat Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Zakaria Yadi ke atas UNIFIL Sector West Comander, Brigidier Jeneral Massimiliano Stecca di Kem Shama Headquarters, Selatan Lubnan pada Selasa lalu.
Markas Angkatan Bersama (MK AB) dalam hantaran di media sosialnya berkata, objektif utama kunjungan ini adalah untuk mengeratkan kerjasama diplomatik pertahanan serantau khususnya dalam mengawal keselamatan serta kestabilan Lubnan.
Zakaria dalam ucapannya berkata, jalinan kerjasama yang baik dari pihak Sector West dengan kontinjen MALBATT dalam memastikan kelancaran segala urusan demi kepentingan bersama.
“Selain daripada itu, beliau juga turut berkongsi pendapat dan maklumat bagi pelaksanaan tugas dan misi di Lubnan terutama di kawasan tanggungjawab Sctor West,” katanya.
Turut hadir Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Yazid Arshad, Komander MALBATT, dan Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin. – airtimes.my