Home SemasaGlobal Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh hari Isnin

Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh hari Isnin

by M.Daim

RIYADH, 30 Mei – Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan tarikh 2 Mei sebagai Hari Raya Aidilfitri untuk negara itu.

Keputusan dibuat selepas anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan pada petang Sabtu di Arab Saudi.

“Anak bulan Syawal 1443 Hijrah tidak kelihatan dan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 2 Mei 2022,

“Kitaran bulan Ramadan 1443H akan genap 30 hari pada hari esok (Ahad),” katanya.

Mahkamah Tinggi Arab Saudi pada Khamis lalu telah menetapkan 30 April 2022 (29 Ramadan) sebagai tarikh melihat anak bulan Syawal di negara itu.

Masyarakat Arab Saudi mula menjalani ibadah puasa seawal 2 April lalu, sehari lebih awal berbanding Malaysia.

Qatar dan Libya turut mengumumkan kedua-dua negara itu akan menyambut Syawal pada hari Isnin.

Cerapan anak bulan Syawal di Malaysia telah ditetapkan pada petang hari ini bagi menentukan tarikh sambutan Aidilfitri di negara ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply