Home SemasaGlobal India rampas US$725 juta dari syarikat telefon pintar China

India rampas US$725 juta dari syarikat telefon pintar China

by M.Daim

NEW DELHI, 1 Mei – Pihak berkuasa India telah melakukan rampasan berjumlah US$725 juta dari syarikat telefon pintar China, Xiaomi.

Rampasan dibuat selepas syarikat itu didakwa melanggar undang-undang tukaran wang asing India.

“Pihak berkuasa telah merampas US$725juta dalam akaun bank syarikat Xiaomi Technology India Private Limited,

“Rampasan dibuat setelah pihak syarikat didapati melakukan kiriman wang ke luar negara secara haram dan melanggar akta pengurusan dan tukaran matawang asing,” kata Direktorat Penguatkuasa India dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Menurutnya, syarikat terbabit didapati telah melakukan penghantaran wang dalam jumlah yang besar kepada 3 entiti asing.

Sementara itu, agensi media India menyatakan siasatan telah dijalankan oleh pihak berkuasa New Delhi semenjak Februari lalu.

India sebelum ini telah menyoalsiasat Timbalan Presiden Global Xiaomi, Manu Kumar Jain pada awal April lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply