Home SemasaGlobal Gaza: Israel sedia lancar operasi ketenteraan bila-bila masa

Gaza: Israel sedia lancar operasi ketenteraan bila-bila masa

by M.Daim

BAITULMUQADDIS, 24 April – Pasukan tentera Israel telah diberikan arahan untuk bersiap sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan di Gaza.

Persiapan dilakukan sebagai tindak balas beberapa siri serangan roket dari wilayah Palestin itu.

Menurut laporan media Israel yang memetik sumber keselamatan berkata, pasukan tentera sedang menunggu arahan dari pihak pentadbir politik Tel Aviv.

“Operasi akan dilancarkan serta merta sekiranya pihak petadbir memberikan lampu hijau,” kata laporan itu.

Tambahnya, Israel telah mengemaskini dan memperluaskan senarai sasaran di Gaza.

Situasi di antara Gaza dan Israel kembali panas berikutan beberapa insiden serangan yang berlaku di Masjid al-Aqsa.

Selain daripada itu, Israel telah melancarkan beberapa operasi di kawasan Tebing Barat terutamanya di Jenin berikutan 2 kes tembakan rambang yang berlaku di tengah-tengah Tel Aviv.

Pada minggu ini, sebanyak 6 roket telah dilancarkan dari Gaza dan Israel telah melancarkan siri serangan udara terhadap wilayah itu.

Sementara itu, Tel Aviv bertindak menutup pintu sempadan Gaza-Israel di Beit Hanoun Erez pada pagi Sabtu. Penutupan sempadan ini menjejaskan seramai 1,200 penduduk Gaza yang memegang permit untuk berkerja di Israel.

Pada masa yang sama, laluan ini merupakan satu-satunya laluan yang digunakan oleh masyarakat Palestin yang ingin menuju ke Tebing Barat. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply