Home Pertahanan dan Keselamatan TUDM rasmi operasi helikopter EC725 di Bangunan Hangar No 10 Skuadron

TUDM rasmi operasi helikopter EC725 di Bangunan Hangar No 10 Skuadron

by M.Daim

KUANTAN, 24 April – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara rasmi telah memulakan operasi helikopter EC-725 secara rasmi di Bangunan Hangar No 10 Skuadron.

Perasmian operasi telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Ahmad Khusairi Ahmad Fadli TUDM pada 21 April lalu.

Menurut TUDM dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya, satu penerbangan formasi pesawat EC 725 AP telah dilaksanakan sebagai simbolik permulaan operasi.

“Bagi pengoperasian skuadron, progress perpindahan ke Bangunan Hangar No 10 Skuadron ini telah bermula secara berperingkat sejak awal April,

“Ia kini telah berjaya dilaksanakan dengan pengoperasian pertama pesawat EC 725 AP dengan kemudahan yang baharu,

“Kemudahan yang disediakan ini mewujudkan persekitaran ruang kerja yang lebih kondusif dan keselesaan untuk warga skuadron melaksanakan misi dan operasi dengan lebih efisien,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply