Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-9 beri sumbangan kerusi roda kepada Badan Sukarela di Dayn Ntar

MALBATT 850-9 beri sumbangan kerusi roda kepada Badan Sukarela di Dayn Ntar

by Nurulhuda

DAYN NTAR, 22 Apr – Batalion Malaysia 850-9 (MALBATT-850-9) meneruskan lagi kesinambungan tanggungjawab sosialnya dengan menyalurkan sumbangan kepada Badan Sukarela dalam Komuniti Dyan Ntar, semalam.

Markas Angkatan Bersama (MKAB) menerusi laman media sosialnya berkata, penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin kepada President of Deir Intar Development Charatable Association, Mr Kamal Ahmad Hjeij di Bangunan Development Charatable Assosiation Dayn Ntar di Selatan Lubnan.

“Sumbangan yang dihulurkan adalah berbentuk kerusi roda, pakaian dan buku,

“Barangan ini juga merupakan sumbangan daripada NGO Malaysia melalui kerjasama antara Sel CIMIC MALBATT 850-9,” jelas hantaran itu.

Dalam masa yang sama, Mr Kamal Ahmad Hjeij turut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang telah dihulurkan.

Tambahannya lagi, sumbangan tersebut akan disalurkan dan dimanfaatkan kepada pihak yang memerlukan terutamanya golongan dalam Komuniti Municipality dan kawasan sekitar. -airtimes.my

Galeri gambar :

 

Related Articles

Leave a Reply