Home Semasa COVID-19: 10,052 jangkitan baharu, kembali ke 5 angka

COVID-19: 10,052 jangkitan baharu, kembali ke 5 angka

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Apr – Bilangan kes positif baharu COVID-19 negara melonjak semula ke 5 angka selepas mencatatkan 10,052 jangkitan pada Rabu, berbanding beberapa hari sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat ini di negara sebanyak 4,352,611 kes.

Menurutnya, sebanyak 10,031 daripada kes yang dilaporkan adalah penularan tempatan manakala 21 kes import manakala bilangan kes aktif setakat tengah malam tadi adalah sebanyak 120,593.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 9,987 kes (99.35%) adalah dalam kategori 1 dan 2.

Manakala 65 kes (0.65%) lagi dalam kategori 3, 4 dan 5.

Beliau menjelaskan, sebanyak 65 kes COVID-19 dalam kategori 3, 4 dan 5 telah direkodkan semalam.

“21 kes (32.31%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi dan 18 kes (27.69%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster),

“Sementara itu, 26 kes (40.00%) telah menerima dos penggalak (booster), 33 kes (50.77%) berumur 60 tahun dan ke atas, 36 kes (55.38%) mempunyai komorbid dan satu kes (1.54%) ibu mengandung,” jelasnya.

Tambahnya, sebanyak 161 kes telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan 99 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 15,893 pada Rabu.

“Semalam, 3 kluster baharu telah direkodkan, di mana 113 kluster masih aktif,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan sebanyak 22 kematian dilaporkan semalam, dengan 6 daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

“Selangor mencatatkan bilangan kematian akibat COVID-19 tertinggi semalam dengan 7 kematian termasuk 1 kes BID,

“Ia disusuli masing-masing tiga kematian di Melaka (termasuk dua kes BID) dan Perak; masing-masing dua kematian di Johor, Kedah dan Pahang dan masing-masing satu kematian di Kelantan, Sabah dan Kuala Lumpur, kesemuanya kes BID,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply