Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia, Singapura komited pertingkat latihan ketenteraan

Malaysia, Singapura komited pertingkat latihan ketenteraan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Malaysia dan Singapura komited untuk meningkatkan lagi latihan bersama angkatan tentera kedua-dua buah negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien berkata, latihan bersama ini termasuklah melalui Semangat Bersatu yang melibatkan Tentera Darat Malaysia (TDM), Malapura (Tentera Laut Diraja Malaysia, TLDM) dan Sarex Malsing (Tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM) pada tahun ini.

Terdahulu, Hishammuddin telah mengadakan perjumpaan 4 mata bersama Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen di luar Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA 2022) dan Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC Asia 2022), pagi tadi.

“Perbincangan yang amat membina bersama rakan sejawat, Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen pagi ini,

“Kami turut menyentuh mengenai pembukaan semula sempadan darat Malaysia-Singapura 1 April ini yang mana ia merupakan peluang kepada kedua-dua negara merancakkan semula usahasama dalam pelbagai bidang,

“Sebagai anggota Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA), kami turut berbincang isu pertahanan semasa serantau dan dunia yang menjadi kepentingan bersama,” jelasnya dalam hantaran di media sosialnya pada Selasa.

DSA dan NATSEC 2022 bermula secara rasminya di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa (MITEC) pada Isnin sehingga 31 Mac 2022 depan serta akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Bertemakan ‘Ke Arah Era Baharu Pertahanan Dan Keselamatan’, DSA 2022 ke-17 dan NATSEC Asia 2022 ke-2 bakal diadakan secara serentak serta dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply