Home Pertahanan dan Keselamatan 9 Helikopter AS355 PDRM rekodkan penerbangan 70,000 jam

9 Helikopter AS355 PDRM rekodkan penerbangan 70,000 jam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Mac – 9 Helikopter AS355 Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan penerbangan terkumpul sebanyak 70,000 jam beroperasi semenjak tahun 1990.

“Airbus Helicopters dan PDRM meraikan rekod pencapaian agensi polis yang menerbangkan helikopter AS355 di Malaysia pada majlis yang dianjurkan di Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA),

“PDRM mengendalikan salah satu armada perkhidmatan awam AS355 yang paling kos efektif dan serba boleh di dunia,” kata Airbus dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Airbus, juruterbang AS355 yang telah mencatatkan sejumlah 1,000, 1,500, 2,000, 3,000, 4,000 dan 4,500 jam penerbangan dalam helikopter tersebut juga dianugerahkan dengan lencana pencapaian jam penerbangan.

Manakala jurutera PDRM juga mendapat pengiktirafan di atas keupayaan pengurusan kontrak yang cekap dan berhemah.

Ketua Pemasaran Asia Pasifik, Airbus Helicopters, Fabrice Rochereau telah menyampaikan anugerah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai tanda pengiktirafan terhadap kejayaan yang dicapai. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply