Home Pertahanan dan Keselamatan DSA 2022: Isyarat penting negara melangkah ke hadapan pasca pandemik – Hishammudin

DSA 2022: Isyarat penting negara melangkah ke hadapan pasca pandemik – Hishammudin

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=owisI-ZHPwY[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan penganjuran pameran DSA 2022 dan NATSEC ASIA 2022 merupakan satu perkara penting kepada negara.

“Penganjuran pameran ini menandakan peralihan negara ke fasa endemik dan kita telah mengambil langkah untuk maju ke hadapan,

“Ini sekaligus memkperkukuhkan imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan antarabangsa yang ideal,” katanya semasa sidang media di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Beliau menambah, penganjuran pameran ini juga memberi isyarat bahawa Malaysia telah membuka pintu negara untuk menjalankan perniagaan.

Terdahulu, Hishammuddin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin hadir ke MITEC untuk meninjau persiapan Pameran DSA dan NATSEC ASIA 2022.

“Ianya satu perkara yang membanggakan selepas 4 tahun pameran ini kali terakhir dianjurkan,” kata Menteri Pertahanan.

Menurut beliau, pameran ini telah melibatkan penyertaan lebih daripada 54 buah negara.

DSA dan NATSEC ASIA akan mula berlangsung selama 4 hari mulai 28 Mac ini. Penganjuran ini merupakan yang kali pertama diadakan selepas pandemik COVID-19 melanda global.

Acara ini dijangka akan menarik lebih 25,000 pelawat dari dalam dan luar negara. Selain daripada itu, pameran ini akan dihadiri lebih 350 delegasi orang kenamaan dari 45 buah negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply