Home Pertahanan dan Keselamatan Perolehan MPA masih tunggu keputusan Kementerian Kewangan – Panglima Tentera Udara

Perolehan MPA masih tunggu keputusan Kementerian Kewangan – Panglima Tentera Udara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM hari ini menyatakan keputusan perolehan Pesawat Rondaan Maritim (Maritime Patrol Aircraft) adalah terletak pada Kementerian Kewangan Malaysia.

“Kita telah melakukan penilaian teknikal tambahan. Sekarang ia masih lagi di peringkat Kementerian Kewangan Malaysia untuk membuat keputusan,

“Diperingkat Lembaga Perolehan pula, ianya telah selesai,” katanya semasa sidang media di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Pada masa yang sama, Asghar menyatakan pihaknya akan melakukan penilaian fizikal pesawat MPA yang telah disenarai pendek.

“Untuk pesawat yang telah disenarai pendek, TUDM akan menghantar tim untuk melakukan penilaian penuh sistem,” ujar beliau. 

Terdahulu, Asghar menyampaikan perintah ulung beliau yang pertama semenjak mengambil alih tampuk kepimpinan TUDM.

Dalam ucapan beliau, Panglima Tentera Udara telah menggariskan 6 tonggak utama untuk mendepani cabaran masa hadapan bagi memastikan legasi kegemilangan TUDM terus terpelihara.

Pada masa yang sama, Asghar menyatakan TUDM mensasarkan pengoperasian MPA dapat dilaksanakan pada tahun 2025. – airtimes.my

Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali.  Sila hubungi pihak Air Times untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Related Articles

Leave a Reply