Home Pertahanan dan Keselamatan APMM rampas 2.2 tan daun ketum di Kuala Kedah

APMM rampas 2.2 tan daun ketum di Kuala Kedah

by Air Times News Network

KUALA KEDAH, 20 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah merampas 2.2 tan daun ketum di kedudukan 0.15 batu nautika muara Kuala Kedah, pagi tadi.

Pengarah Zon APMM Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, hasil risikan pasukannya mengesan aktiviti pemunggahan mencurigakan di muara Kuala Sala.

“Sebuah bot ronda telah diaturgerakan ke perairan Kuala Kedah bagi mengesan aktiviti berkenaan,

“Sejurus tiba di lokasi, APMM mengesan beberapa longgokan plastik hitam dalam keadaan berselerak di tepi muara,

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati plastik tersebut merupakan longgokan daun ketum dianggarkan seberat 2.2 tan”, jelas beliau.

Beliau berkata, daun ketum berkenaan dipercayai cuba diseludup ke negara jiran melalui jalan laut.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum”, ujarnya.

Noor Azreyanti menjelaskan, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM396 ribu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply