Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin usir 2 bot, 17 PATI Filipina ceroboh perairan negara

Polis Marin usir 2 bot, 17 PATI Filipina ceroboh perairan negara

by Air Times News Network

SEMPORNA, 21 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya mengusir 2 buah bot dan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina menceroboh perairan negara di laut Pantau Pantau dan laut Gelam Gelam, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintenden Mohamad Ismail berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tiada nombor pendaftaran tersebut terdapat 14 orang warga Filipina telah ditahan tidak mempunyai sebarang pas perjalanan yang sah.

“Mereka terdiri daripada 7 orang lelaki dewasa, 4 orang perempuan dewasa, serta 3 orang kanak-kanak berbangsa bajau Filipina”, katanya.

Manakala di lokasi berbeza, Mohamad berkata, pasukannya turut menahan sebuah bot lagi bewarna hijau yang tiada nombor pendaftaran di sekitar laut Gelam-Gelam,

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan mendapati 3 orang warga asing terdiri daripada 2 orang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa”, ujarnya.

Mohamad menjelaskan, kesemua mereka terdiri daripada bangsa bajau Filipina dan tidak memiliki sebarang pas perjalanan yang sah serta cuba ceroboh perairan Malaysia.

“Bot-bot tersebut diiring keluar dan diarahkan supaya tidak memasuki perairan negara selaras dengan kehendak undang-undang Akta Hak Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1998″, jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply