Home Pertahanan dan Keselamatan Penyelarasan jurang pencen veteran ATM beri kesan kewangan besar kepada kerajaan

Penyelarasan jurang pencen veteran ATM beri kesan kewangan besar kepada kerajaan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz hari ini menyatakan pelarasan jurang pencen di kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberikan implikasi kewangan yang tinggi kepada kerajaan,

Beliau menyatakan perkara tersebut di Dewan Rakyat, hari ini.

“Semakan yang dijalankan oleh pihak kementerian mendapati pelarasan (jurang pencen veteran ATM) sekiranya dilaksanakan, ianya melibatkan implikasi kewangan tinggi,

“Pihak kementerian cuba mendapatkan opsyen2 terbaik dalam mengatasi cabaran permasalahan ini,” katanya.

Menurut beliau, pihak kementerian sedang menilai kesesuaian pemberian elaun kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dapat dilaksanakan.

“Sebahagian besar veteran yang terkesan dalam isu jurang ini merupakan penerima PJM,

“Sekiranya opsyen ini dapat dilaksanakan, masalah jurang pencen dapat dikurangkan,” ujarnya.

Ikmal menjelaskan kerajaan pernah memperuntukkan sebanyak RM60.9 juta kepada 121 816 warga veteran ATM pada 2020 dan RM2.7 juta kepada balu dan waris pada 2021.

“Kita berharap sangat kepada MOF mempertimbangkan pemberian elaun kenangan PJM,” ujarnya.

Tambah Ikmal, pihak kementerian memperakui  Skim Perkhidmatan ATM berbeza dengan Skim Perkhidmatan Awam.

“Penjawat awam dari perkhidmatan kerajaan selain tentera menikmati pencen sehingga 60 peratus,

“Manakala majoriti veteran ATM yang telah berkhidmat sehingga 21 tahun hanya layak menerima 50 peratus,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pertahanan menyatakan perkara berkaitan penyelarasan jurang pencen veteran ATM akan dipertimbangkan untuk menjadi salah satu agenda dalam Majlis Veteran Kebangsaan MVK.

“Cadangan elaun PJM akan diteliti dan diperhalusi untuk dibentangkan dalam mesyuarat MVK yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,” jelasnya.

Ikmal menambah, pelbagai usaha kebajikan terhadap veteran ATM akan sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa. – airtimes.my

Notis peringatan: Artikel dan berita eksklusif Air Times News Network tidak dibenarkan untuk diulang terbit, ulang siar, dan dicetak. Penggunaan sebagai konten Youtube termasuk skrip turut dilarang sama sekali. Awas! Memberi kredit tidak bermakna anda terselamat dari sebarang tindakan sekiranya TIADA KEBENARAN diberikan. Sila hubungi pihak Air Times untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Related Articles

Leave a Reply