Home Pertahanan dan Keselamatan JIM gempur sarang pelacuran warg asing di Taman Pelangi

JIM gempur sarang pelacuran warg asing di Taman Pelangi

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 7 Mac – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu sebuah premis yang melakukan aktiviti pelacuran di sekitar Taman Pelangi, pada Sabtu.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, serbuan ini dilakukan berdasarkan hasil maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan hampir sebulan lepas.

“Seramai 14 orang orang wanita warga Thailand, seorang wanita warga Laos dan seorang lelaki warga Myanmar ditahan. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan antara 18 hingga 25 tahun,

“Dalam operasi tersebut seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai penjaga premis turut ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 12 lelaki disyaki pelanggan yang terdiri daripada 4 warga asing dan 8 orang warga tempatan turut diperiksa.

“Manakala pemilik premis yang terlibat dalam kegiatan pelacuran ini didapati berselindung di sebalik khidmat urutan dengan menyediakan khidmat tambahan pelacur asing kepada pelanggan dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam setiap hari,

“Pelanggan akan membuat tempahan di kaunter dengan memilih pakej urutan badan dan diikuti dengan khidmat seks,” ujarnya.

Tambah beliau, setiap pelanggan akan dikenakan bayaran antara RM250 hingga RM350 bagi setiap kali langganan perkhidmatan seks.

“Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963,

“Kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Setia Tropika Johor Bahru untuk tindakan lanjut. Manakala kesemua pelanggan yang diperiksa dalam operasi ini dikenakan notis untuk hadir memberi keterangan,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply