Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Ackbal seorang perwira dan tokoh TUDM berwibawa – Panglima Tentera Udara

Ackbal seorang perwira dan tokoh TUDM berwibawa – Panglima Tentera Udara

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=jwNB-VPgDTY[/embedyt]

 

SUBANG, 7 Mac – Seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM yang telah memimpin TUDM selama lebih 2 tahun.

Panglima Tentera Udara yang ke-20, Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM menjelaskan, sepanjang tempoh 2 tahun ini, TUDM turut berhadapan dengan cabaran besar akibat pandemik COVID-19.

Namun, Ackbal ketika itu berupaya menerajui TUDM dalam berhadapan dengan situasi yang tidak dijangka dan segala cabaran telah berjaya diatasi.

“Penglibatan dan komitmen TUDM terbukti dengan atur gerak aset dan penglibatan pegawai dan anggota TUDM sebagai kumpulan Barisan Hadapan (Frontliners) di dalam Operasi Penawar dan Operasi Benteng bagi memerangi penularan COVID-19,

“Di samping itu, semasa aktiviti penerbangan logistik dan komersial yang lain terjejas, TUDM telah meningkatkan keupayaan mobiliti udaranya bagi memastikan misi penghantaran peralatan perubatan, rawatan dan barangan keperluan asas serta Program Vaksinasi Kebangsaan untuk menangani COVID-19 dapat dilaksanakan,”katanya selepas Majlis Perbarisan Persaraan Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dan Serah Terima Jawatan Panglima Tentera Udara (PTU), hari ini.

Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad TUDM memimpin TUDM dengan mengadaptasi norma baharu agar peranan utama TUDM di dalam memastikan kedaulatan tanah air tetap terpelihara.

Mohd Asghar turut menjelaskan, Ackbal telah memimpin TUDM dengan mengadaptasi norma baharu agar peranan utama TUDM di dalam memastikan kedaulatan tanah air tercinta tetap terpelihara.

“Jasa dan segala sumbangan bakti Jeneral Tan Sri Ackbal akan tetap terpahat di dalam lipatan sejarah TUDM sebagai seorang perwira dan tokoh berwibawa,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Mohd Asghar turut menjelaskan, pengalamannya sebagai Timbalan PTU selama 2 tahun di bawah pimpinan Ackbal akan digunakan bagi meneruskan usaha memantapkan pasukan udara itu.

Tambahnya, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddim Hussien di atas penghormatan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk memimpin serta menerajui TUDM.

“Saya telah diamanahkan untuk menggalas tugas Panglima Tentera Udara Ke-20 di bawah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dengan ini menjunjung kasih dan melafazkan ikrar taat setia yang tidak berbelah-bahagi kepada Tuanku selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

“Saya juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM, Panglima Tentera Darat dan Panglima Tentera Laut termasuk mantan-mantan Panglima Tentera Udara kerana telah memberi sepenuh kepercayaan, bimbingan serta sokongan mereka kepada saya,

“InsyaaAllah saya akan berusaha menjaga amanah dan kepercayaan ini dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Terdahulu, majlis pemakaian pangkat ‘Jeneral TUDM’ kepada Mohd Asghar dan Serah Terima Tugas PTU telah disempurnakan serta disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM.

Seterusnya, Ackbal telah menyerahkan ‘Tonggak Kuasa’ sebagai simbolik penyerahan kuasa yang menyaksikan secara rasminya Mohd Asghar memegang tampuk pemerintahan TUDM.

Majlis pemakaian pangkat ‘Jeneral TUDM’ kepada Mohd Asghar dan Serah Terima Jawatan PTU telah disempurnakan serta disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM.

Istiadat perbarisan terdiri daripada 28 pegawai dan 431 anggota serta diiringi oleh gabungan Pancaragam Pusat TUDM; Kolej Tentera Udara, Alor Setar dan Akademi Tentera Udara, Ipoh di bawah pimpinan Kapten Sabri bin Hamil TUDM.

Perbarisan istiadat ini melibatkan 8 panji-panji iaitu panji-panji Rejimen TUDM, Kolej Tentera Udara, No 10 Skn, No 12 Skn, No 15 Skn, No 16 Skn, No 18 Skn dan No 20 Skn bersama 4 skuadron pengawal.

Terbang lintas hormat 3 buah helikopter EC 725 AP yang membawa bendera TUDM turut dilakukan sebagai penghormatan kepada Ackbal sebagai PTU ke-19.

Istiadat Perbarisan Persaraan Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dan Serah Terima Jawatan Panglima Tentera Udara (PTU), terdiri daripada 28 pegawai dan 431 anggota serta diiringi oleh gabungan Pancaragam Pusat TUDM; Kolej Tentera Udara, Alor Setar dan Akademi Tentera Udara, Ipoh.

TUDM dalam kenyataan menjelaskan, Mohd Asghar Khan telah diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting di dalam TUDM dan ATM sepanjang perkhidmatannya.

“Antara jawatan yang pernah di sandang adalah Pegawai Memerintah No 19 Skuadron MiG-29N, Pegawai Memerintah No 11 Skuadron SU-30MKM, Komander Pangkalan PU Gong Kedak, Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi (Markas Tentera Udara), AKS Operasi dan Latihan (J3) Markas Angkatan Bersama, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara dan Timbalan Panglima Tentera Udara,” jelas TUDM.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply