Home Pertahanan dan Keselamatan 60 PATI naik bot nelayan ceroboh masuk Malaysia dicekup

60 PATI naik bot nelayan ceroboh masuk Malaysia dicekup

by Nurulhuda

PELABUHAN KLANG, 6 Mac – Hasrat 60 pendatang tanpa izin (PATI) dari negara jiran menceroboh masuk ke Malaysia dengan menggunakan bot nelayan tidak kesampaian, apabila bot dinaiki mereka dipintas dan ditahan anggota polis di perairan Pantai Sungai Besar dekat Sabak Bernam, awal pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata, operasi yang dilancarkan Bahagian D3 (Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran – ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Pelabuhan Klang itu dilakukan pada kedudukan 1.7 batu nautika dari pesisir pantai berkenaan.

Beliau berkata, pasukan operasi telah menggunakan Bot Ronda RH10 dan PSC15 untuk memintas sebuah bot nelayan kelas B, disyaki membawa PATI warga Indonesia.

Menurutnya, pihak polis turut menahan seorang tekong bersama 3 pembantunya warga Indonesia dalam serbuat tersbut.

“Seramai 60 migran Indonesia termasuk 11 wanita yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah turut ditahan di bot terbabit untuk tindakan lanjut.

“Bot nelayan terbabit dipercayai milik warga tempatan kemudian telah dirampas berserta dengan satu buku lesen vesel,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Fadil berkata, siasatan mendapati, kumpulan PATI itu dikenakan bayaran di antara 5 hingga 6 juta Rupiah (RM1,500 hingga RM1,800) yang dibayar kepada ejen di Indonesia.

“Siasatan juga mendapati tekong dan pembantunya itu aktif menguruskan migran keluar dan masuk Malaysia sejak dua hingga 4 bulan lalu,

“Siasatan ke atas migran pula, mendapati mereka masuk masuk ke sini untuk bekerja dalam pelbagai sektor seperti kedai makan, buruh binaan, pembantu rumah di sekitar Kuala Lumpur, Pahang dan Johor,” jelasnya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dilakukan oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis (IPD) Sabak Bernam mengikut Seksyen 26A Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply