Home Politik PRN Johor: Proses penamaan calon selesai, tiada kertas pencalonan ditolak – SPR

PRN Johor: Proses penamaan calon selesai, tiada kertas pencalonan ditolak – SPR

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 26 Feb – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor selesai di 56 Pusat Penamaan Calon (PPC) seluruh negeri Johor, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, selepas tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi, seramai 239 calon mewakili pelbagai parti disahkan bertanding dalam PRN Johor dan tiada kertas pencalonan ditolak.

“SPR telah menerima dan mengesahkan sebanyak 239 kertas penamaan yang layak bertanding bagi PRN Johor iaitu Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sebanyak 56; Pakatan Harapan (PH) 30; Parti Pejuang Tanahair (42); PKR (20); Bebas (16); MUDA (7); Warisan (6); Parti Bangsa Malaysia (4); Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia adalah satu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, bilangan pertandingan mengikut penjuru adalah 3 di 7 Dewan Undangan Negeri (DUN); 4 penjuru di 35 DUN; 5 di 8 DUN; 6 (4 DUN) dan 7 penjuru di 2 DUN.

Manakala sebanyak 202 calon lelaki dan 37 perempuan yang akan bertanding dalam PRN Johor kali ini.

Calon tertua berusia 71 tahun wakili PN di kerusi DUN Bukit Permai dan calon termuda berusia 26 tahun di DUN Mengkibol serta DUN Tangkak.

Katanya, tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan pilihan raya dipertandingkan oleh pegawai pengurus sehingga jam 11.59 malam pada 11 Mac ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply