Home Semasa COVID-19: Kontak rapat lengkap dos penggalak tidak perlu kuarantin mulai 1 Mac

COVID-19: Kontak rapat lengkap dos penggalak tidak perlu kuarantin mulai 1 Mac

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Kontak rapat kepada pesakit COVID-19 yang telah menerima dos penggalak dan tidak bergejala tidak perlu menjalani kuarantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, bermula 1 Mac ini, kontak rapat perlu menjalani ujian kendiri (RTK) pada hari pertama dan ketiga pada tarikh akhir mereka terdedah dengan kes positif berkenaan.

“Jika keputusan negatif pada hari pertama dan ketiga, mereka boleh melakukan urusan seperti biasa. Sekiranya positif, mereka mesti melaporkan di aplikasi MySejahtera dan menjalani tempoh isolasi,

“Bagi mereka yang lengkap dos vaksin tapi belum menerima dos penggalak, mereka kekal perlu menjalani kuarantin dalam tempoh 5 hari,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

Khairy menjelaskan, peraturan baru ini adalah sebagai satu langkah kerajaan ke arah endemik dalam mengekang wabak berkenaan di dalam negara.

“Maksudnya kita belum sampai ke endemik lagi, tetapi kita dengan liputan vaksinasi yang tinggi, dengan liputan dos penggalak yang semakin meningkat, dengan decoupling kes-kes harian dengan kesan daripada COVID-19,

“KKM rasa, berdasarkan penilaian risiko, ini adalah satu dasar yang boleh diperkenalkan pada waktu ini dalam pengurusan pandemik COVID-19,” tambahnya.

Bagi kontak rapat tanpa gejala, Khairy berkata, mereka masih perlu terdapat beberapa langkah perlindungan iaitu keperluan untuk ujian pada hari pertama dan hari ketiga.

“Kontak rapat juga akan diminta menggunakan alat penilaian rumah MySejahtera, di mana pengguna akan ditanya sama ada mereka mengalami gejala COVID-19 atau tidak,

“”Sekiranya mereka jadi positif ataupun dijangkiti oleh daripada kes indeks, kita dapati bahawa dengan Omicron, dia punya incubation period adalah pada 3 hari.

“Mereka akan menunjukkan gejala atau mereka boleh dikesan positif,” ujar Khairy. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply