Home Semasa COVID-19: 27,179 jangkitan baharu, 286 rawatan di ICU

COVID-19: 27,179 jangkitan baharu, 286 rawatan di ICU

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Sebanyak 27,179 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif akibat wabak berkenaan meningkat kepada 3,273,958 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, angka itu membabitkan 27,059 kes tempatan dan 120 kes import.

Beliau berkata, sebanyak 99.37 peratus atau 27,007 kes adalah pesakit COVID-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

Selebihnya, 172 kes bersamaan 0.63 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5.

“Daripada jumlah itu, 51 kes belum divaksinasi, 91 kes sudah menerima 2 dos vaksin dan 30 kes sudah menerima dos penggalak,

“Manakala, sebanyak 67 kes berumur 60 tahun ke atas, 93 kes mempunyai komorbid dan 6 kes melibatkan ibu mengandung,” jelasnya dalam kenyataan pada Rabu.

Dr Noor Hisham turut mengesahkan, terdapat pertambahan 9 kluster baharu dicatatkan semalam. Ia sekaligus menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di negara ini sebanyak 505.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan, sebanyak 19,037 kes sembuh direkodkan pada Selasa dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 2,974,441 kes.

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 286, manakala kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 180 kes,” tambah Dr Noor Hisham. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply