Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota tentera, orang awam dipelawa sertai Program Derma Darah ATM

Anggota tentera, orang awam dipelawa sertai Program Derma Darah ATM

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) Malaysia akan menganjurkan Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) ke-63 pada Khamis ini.

Markas ATM dalam hantaran di media sosialnya berkata, program ini adalah anjuran bersama Jabatan Arah Pendididikan serta Jabatan Arah Rekod dan Pencen.

“Program ini terbuka kepada anggota ATM dan keluarga serta penjawat awam Kementerian Pertahanan Malaysia,

“Orang awam juga dipelawa untuk menyertai program ini,” katanya.

Program ini akan diadakan di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH bermula jam 8 pagi hingga 3 petang. – airtimes

 

KATA KUNCI : Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Dewan SerojaKem KEMENTAHPDNProgram Derma Darah

Leave a Reply